Jalanan sunyi sepi bagi festival air Myanmar

YANGON, 12 APRIL – Festival Tahun Baharu Thingyan Myanmar merupakan cuti awam terbesar di negara itu – biasanya diraikan di seluruh negara selama seminggu dimeriahkan semburan air, dengan pengunjung berpesta hingga lewat malam.

Namun tahun ini, dengan mengikut pembatalan Easter di mana-mana seluruh dunia, hab komersial negara itu, Yangon dikenakan perintah berkurung, dengan penduduk diarahkan duduk di rumah disebabkan koronavirus.

Penghantar makanan melalui basikal, beca telah memonopoli jalan-jalan yang biasanya dipenuhi kenderaan selepas kerajaan mengarahkan orang ramai untuk duduk di rumah kecuali membeli barang keperluan dan penjagaan kesihatan.

Hari ini Myanmar secara rasminya telah mengesahkan 38 kes jangkitan – termasuk tiga kematian – namun kebimbangan jumlah kecil ujian bermaksud angka sebenar mungkin lebih tinggi.

Imej dari cuti tahun lalu menunjukkan sebuah bandar berbeza, kemeriahan dan kebingitannya tidak sama dengan tahun ini yang hanya kedengaran bunyi gagak dan kukuran burung merpati, sekali-skala motor teksi yang mencari pelanggan.

Kedua-dua cuti awam dan perintah berkurung dijangka berakhir Ahad depan, namun usaha untuk mencegah penularan koronavirus mungkin dilanjutkan. – AFP

Gambar gabungan yang pada 12 April menunjukkan suasana perayaan Thingyan di Yangon pada 13 April 2014 (atas) dan jalan kosong pada hari pertama Thingyan di Yangon pada 12 April 2020. – AFP