Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Jalani Ramadan penuh keikhlasan

    Bulan Ramadan merupakan bulan yang penuh dengan kerahmatan dan keberkatan, yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam.

    Pada bulan rahmat ini, selain menjalankan kewajipan berpuasa kita sebagai umat Islam digalakkan untuk berlumba-lumba meningkat amal ibadat kepada Allah SWT seperti memperbanyakkan amalan membaca Al-Quran, berzikir, qiamulail, bertahlil, serta bersedekah kepada yang memerlukan.

    Namun sejauh mana keikhlasan kita melakukan semua ini kerana Allah? Jika kita bersedekah masih juga disebarkan maklumat atau gambar di laman-laman media sosial. Seperti juga kita berpuasa kita masih melakukan dosa dan apa gunanya kita bergegas ke masjid untuk menunaikan solat Sunat Tarawih masih menyusahkan orang lain dengan menghalang lalu lintas.

    Memang keikhlasan tidak dapat dinilai atau diukur begitu sahaja, namun sebagai umat Islam jika niat sudah menyimpang pasti wujudnya keangkuhan dan kesombongan dalam diri kita. Biarlah kita sama-sama hayati maksud sebenar berpuasa di bulan Ramadan, di mana ia mampu mengajar kita membersihkan hati dan fikiran serta mendorong kita untuk sentiasa beristiqamah menjadi insan yang lebih baik mendapat kerahmatan dan keberkatan di dunia dan akhirat kelak.

    Istiqamah

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...