Monday, March 27, 2023
21.7 C
Brunei

-

Jalil Hamid alami masalah jantung

Pelakon veteran, Jalil Hamid disahkan mengalami masalah jantung selepas menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Serdang, semalam.

Jalil atau nama sebenarnya, Abdul Jalil Abdul Hamid, 66, menjelaskan antara tanda awal dialami adalah gangguan pernafasan yang terjadi sejak dahulu.

“Saya sudah dibenarkan pulang, semalam. Pada awalnya, saya rasa sesak nafas dan pergi mendapatkan rawatan di hospital.

“Kemudiannya, doktor memaklumkan saya ada masalah berkaitan jantung.

”Bagaimanapun, saya dibenarkan pulang ke rumah, semalam selepas menerima rawatan di hospital,” katanya kepada BH Online.

Jalil yang juga pelakon filem Zombi Kampung Pisang itu menjelaskan, buat masa ini, dia hanya menunggu keputusan dan panggilan daripada hospital untuk mendapatkan rawatan susulan.

“Doktor ada menjalankan ujian darah dan akan memaklumkan kepada saya tarikh hadir semula ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

“Dalam masa sama, Jalil berkata, dia menolak berada di wad hospital kerana mahu memberi ruang kepada pesakit lain yang lebih memerlukan.

“Saya lihat ada sesetengah pesakit yang tak dapat katil dan ada yang perlu menunggu lama. Ada juga saya lihat berbaring di laluan hospital. Jadi, saya beritahu pihak hospital untuk pulang,” katanya.

Terdahulu, berita keadaan terkini Jalil dikongsi pelakon dan pengarah berpengalaman, Fauziah Ahmad Daud menerusi hantaran dalam Instagram (IG) yang turut memaparkan rakannya itu berada di zon kuning ICU. – Agensi

Jalil Hamid disahkan masalah jantung baru-baru ini susulan gangguan pernafasannya sebelum ini. – Agensi
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Menteri luar NZ luah kerisauan terhadap china

BEIJING, 26 MAC - Menteri Luar New Zealand, Nanaia Mahuta telah menyatakan kebimbangan kepada China mengenai sebarang peruntukan bantuan mematikan untuk menyokong Rusia dalam...
- Advertisment -