Thursday, February 13, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jalin kerjasama melalui kulinari

    LANGKAWI, 4 Jun – Dua pakar kulinari daripada Sahira Group of Hotels di Indonesia kini berada di Hotel Adya Langkawi selama 10 hari sempena kerjasama yang dijalinkan oleh kedua-dua hotel itu.

    Sejak Sabtu lepas, Chef Pepen Ependi dan Chef Pastri, Hari Maulana menyediakan hidangan tradisional Sunda yang disenaraikan dalam menu Ramadan Hotel Adya tahun ini.

    Pengarah Kumpulan Sahira Hotel, Yusuf Hasan berkata kerjasama tersebut dijalinkan melalui usaha Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) yang diketuai oleh Pengarah di Indonesia, Roslan Othman.

    Yusuf berkata, penempatan dua cef itu akan membuka peluang bagi kerjasama lain antara kedua-dua hotel yang mempromosikan operasi patuh syariah.

    “Saya berharap kerjasama ini tidak hanya menggalakkan pembangunan industri hospitaliti Malaysia dan Indonesia malah industri pelancongan kedua-dua negara secara amnya,” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa di Hotel Adya di sini, malam tadi.

    Sahira Group of Hotels terdiri daripada sebuah hotel empat bintang dan dua hotel berkonsepkan butik, yang terletak di Bogor, kawasan sub-urban berhampiran Jakarta, Indonesia selain terkenal dengan pelancongan alam semula jadi serta budaya.

    “Bogor merupakan destinasi bergunung-ganang yang indah, kaya dengan tarikan pelancongan alam semula jadi, selain makanannya yang eksotik selain industri kraf kulit,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda