Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Jalin pertemuan bersama pengkarya

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 APRIL – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Bahagian Sastera dan Majalah dengan kerjasama Kumpulan Putra Seni dan Angkatan Sasterawan dan Sasterawani Brunei Darussalam (ASTERAWANI), hari ini, mengadakan Baca Bahana Puisi Antarabangsa 2022 bersempena Hari Baca Puisi Sedunia, melalui aplikasi Zoom dan bersiaran secara langsung melalui laman sosial Facebook DBP Brunei.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

    Turut hadir ialah Pemangku Pengarah DBP, Awang Suip bin Haji Abdul Wahab, Pemangku Timbalan Pengarah DBP, Hajah Sariani binti Ishak, pegawai-pegawai kanan kerajaan, persatuan dan penggiat seni tanah air, serta para penulis dari dalam dan luar negara.

    Selain memperingati Hari Puisi Sedunia, projek juga bertujuan untuk menjalin pertemuan dengan penulis-penulis di dalam dan luar negara, memelihara nilai bahasa dan seni sastera dan memperkenalkan karya penulis tempatan ke persada antarabangsa.

    Lapan orang penulis dan penggiat seni tanah air mempersembahkan rakaman deklamasi sajak dari majalah Bahana hasil karya beberapa tokoh sastera yang telah kembali ke rahmatullah bagi segmen Baca Bahana Sumbangsih Seni Mengenang Kembali Permata yang Hilang.

    Di samping itu, sebanyak 23 penyertaan rakan strategi sastera ikut serta bagi segmen deklamasi Puisi Antarabangsa secara langsung.

    Antaranya daripada ASTERAWANI Brunei Darussalam, Kumpulan Putra Seni, Badan Kebudayaan dan Kesenian (B2K), Alumni Program Penulisan Mastera, Kelab RAKIS Universiti Brunei Darussalam, para belia serta penggiat seni sastera, bahasa dan budaya dari dalam dan luar negara seperti Indonesia, Malaysia, Singapura, Thailand, China, Mesir, Itali dan Korea.

    Baca Bahana Puisi Antarabangsa merupakan gabungan antara projek Baca Bahana dengan Deklamasi Baca Puisi Antarabangsa bersempena Hari Puisi Sedunia yang diadakan pada setiap 21 Mac.

    Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan semasa menyertai Program Baca Bahana Puisi Antarabangsa.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...