Jalin silaturahim melalui badminton

Oleh Muiz Matdani

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 April – Seramai 35 ahli Kumpulan Badminton Jalinan Silaturahim (JS) Negara Brunei Darussalam, baru-baru ini bertandang ke Limbang, Malaysia bagi perlawanan badminton persahabatan dengan Persatuan Badminton Limbang Sarawak, Malaysia.

Perlawanan persahabatan itu berlangsung di Stadium Tertutup Limbang di mana rombongan negara diketuai oleh Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Setia Pahlawan Dato Seri Setia Dr Haji Ahmad bin Haji Jumat.

Kunjungan dan ketibaan rombongan JS Brunei dialu-alukan oleh Menteri Muda Pertanian DUN79 Bukit Kota Limbang Sarawak Malaysia, Dr Haji Abd Rahman bin Haji Ismail selaku Pengerusi Persatuan Badminton Limbang pada majlis resepsi sebelum perlawanan berlangsung.

Pengerusi Kumpulan JS, Haji Ahmad bin Haji Abdul Razak menjelaskan antara lain tujuan utama perlawanan itu adalah untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan, persahabatan di antara kedua-dua pasukan. Ia turut dimeriahkan dengan penyertaan dari pegawai Daerah Limbang dan timbalan pengerusi Persatuan Badminton Limbang.

Gambar ramai para peserta semasa perlawanan badminton persahabatan tersebut.