Monday, October 7, 2024
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jalinan MoU pererat kerjasama

    Oleh Ak Zaki Kasharan

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Sept – Dalam usaha untuk memperkukuhkan ikatan dan kerjasama dalam menyertai acara-acara World Strongestman Federation dan World Ethnosports, Chainblock Strongest Athlete Brunei Darussalam, baru-baru ini telah mengorak langkah positif dengan mengadakan majlis penandatanganan memorandum persefahaman (MoU) bersama World Strongestman Federation dan Ethnosports World Society.

    Hadir bagi menandatangani bagi pihak Chainblock Strongest Athlete Brunei Darussalam ialah Pengiran Azizulakbar bin Pengiran Haji Badaruddin.

    Sementara itu Haji Meor Samsudin bin Abu Hassan pula menandatangani bagi wakil Persatuan Pengusaha Kampongstay & Homestay Labu Kubong yang dilantik oleh World Strongestman Federation dan World Ethnosports selaku wakil mereka bagi acara sukan di negara-negara ASEAN.

    Majlis penandatanganan berkenaan turut disaksikan oleh presiden Ethnosports World Society dan setiausaha agung World Strongestman Federation.

    Chainblock Strongest Athlete Brunei Darussalam bergambar ramai bersama pihak Persatuan Pengusaha Kampongstay & Homestay Labu Kubong pada majlis penandatanganan memorandum persefahaman berkenaan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda