PRAGUE, 9 Jan – Salah satu tarikan utama pelancong di Prague adalah jam astronomi zaman pertengahan yang telah dihentikan semalam dan dipindahkan untuk selama beberapa bulan bagi kerja-kerja pembaikan utama.
Jam itu kali terakhir beroperasi yang menunjukkan pameran jam iaitu gambar seramai 12 pendakwah Kristian dan lain-lain tokoh untuk kunjungan ramai pelancong yang datang ke ibu negara Czech semalam pada jam 9 pagi.
Pegawai Prague berkata jam itu dipasang di menara Dewan Bandar raya pada 1410 dan akan ditanggalkan sepenuhnya dan bahagian-bahagiannya akan dibawa untuk kerja-kerja pemulihan, satu pemulihan kompleks yang pertama sejak Perang Dunia Kedua.
Keseluruhan Dewan Bandar raya berserta jam itu mengalami rosak teruk akibat peperangan dan beberapa kerja pemulihan selepas perang tidak dilakukan dengan sebaiknya dan memerlukan pembaikan.
“Ia satu langkah yang perlu dan bertanggungjawab untuk memeliharanya bagi generasi-generasi akan datang,” menurut ahli majlis bandar raya Jan Wolf.
Jam itu dijangka akan kembali ke tempat asalnya pada hujung musim panas.
Terdapat beberapa legenda yang dikaitkan dengan jam itu. Salah seorang daripada mereka berkata seluruh negara akan menderita sekiranya ia tidak berfungsi. Rekod banjir yang melanda Prague dan sebahagian besar Republik Czech pada 2002 telah mengakibatkan jam itu berhenti. Pada 2011, jam itu ditutup untuk kerja-kerja pemulihan selama tiga minggu, dan ditutup sekali lagi selama lima minit sebagai tanda penghormatan kepada bekas presiden Vaclav Havel yang meninggal dunia. – AP