Jam pintar bantu kawal kegiatan harian

Oleh Yusrin Junaidi 

Ketika bergerak seiring dengan arus kemodenan, kehidupan manusia boleh dikatakan tidak dapat dipisahkan dengan teknologi. Tidak kiralah teknologi yang digunakan untuk peralatan harian atau berkaitan dengan kesihatan tubuh badan.

Pada zaman teknologi serba canggih ini, bukan peranti komunikasi sahaja mengalami perkembangan, di mana barangan lain juga seperti masin basuh, televisyen, jam tangan dan banyak lagi diinovasi menjadi digital.

Menyentuh mengenai dengan jam tangan, semakin banyak jam pintar yang mampu mengesan dan memantau tekanan darah dalam badan seseorang dijual di pasaran yang menjadi kegilaan ramai terutama mereka yang menjebakkan diri dalam aktiviti sukan.

Di dalam artikel ini penulis cuba mengongsikan beberapa jam pintar yang terbaik dan mampu milik supaya kualiti senaman pembaca lebih efektif.

Amazfit T-Rex/T-Rex Pro

Amazfit secara rasminya telah memperkenalkan jam pintar terbaharu mereka iaitu Amazfit T-Rex Pro yang tampil sebagai sebuah jam tahan lasak yang telah melepasi 15 ujian ketahanan ketenteraan.

Jam pintar lasak ini dapat menyokong empat sistem satelit navigasi global setelah versi pertama diperkenalkan. Ketahanan kalis air sehingga 10ATM dan menyokong lebih daripada 100 aktiviti kecergasan di mana lebih banyak daripada versi sebelumnya.

Garmin Instinct Esport Edition disokong dengan sistem IOS 13 dan Android dan mempunyai sistem PC Streaming Game dan eSport activity.
Semakin banyak jam pintar yang mampu mengesan dan memantau tekanan darah badan seseorang dijual di pasaran yang menjadi kegilaan ramai yang menjebakkan diri dalam aktiviti sukan.

Amazfit T-Rex Pro memiliki skrin paparan Amoled berukuran 1.3 inci dengan fungsi AOD dan lapisan gentian gelas serta salutan anti cap jari. Selain itu, jam pintar ini juga memiliki altimeter barometrik, Sensor Optikal BioTracker 2 PPG Bio-Tracking untuk pengawasan 24 jam kadar degupan jantung dan perekod tidur SomnusCare.

Huawei Band 6

Jam kedua yang dikongsikan penulis ini mempunyai 96 mod sukan berbeza dengan mengawasi kadar degupan jantung, kalori dan banyak lagi. Semua data dapat disimpan dan dianalisis dalam grafik yang mudah dibaca.

Menariknya lagi, alat peranti ini bukan sahaja berfungsi sebagai penjejak kesihatan (fitness tracker) tapi boleh disambung dengan telefon pintar untuk melihat pesanan ringkas, mengawal lagu yang dimainkan, menangkap gambar dan banyak lagi.

Jam pintar ini sangat sesuai untuk digunakan oleh golongan wanita kerana mempunyai sistem menstrual cycle tracking di mana akan memberitahu tempoh haid semakin hampir supaya anda boleh bersiap siaga menghadapi tempoh tersebut. Paling penting, bateri jam pintar ini boleh bertahan selama dua minggu dengan penggunaan biasa dan 10 hari untuk penggunaan kerap. 

Huawei Smart Watch GT 2e

Jam ini didatangkan dengan 85 mod senaman yang telah dimuatkan pada jam pintar ini, ia sekaligus mampu membaca tahap oksigen (SpO2), degupan jantung dan peredaran darah sama ada normal, tinggi atau rendah dalam tubuh badan si pemakai.

Malah, dalam 85 mod jenis senaman tersebut termasuk 15 sukan utama seperti berlari, berjalan, berenang, mendaki gunung atau bukit, mengayuh basikal, bermain papan luncur dan banyak lagi, dan sangat sesuai bagi mereka yang melakukan aktiviti lasak.

Lebih menarik lagi, anda boleh bawa ke mana saja memandangkan bateri jam pintar ini mampu bertahan selama 14 hari walaupun penggunaan sepanjang hari. Jika dibawa waktu tidur pun, tidak mengapa kerana Huawei GT 2e ini akan merekod kualiti tidur anda.

Garmin Instinct Esport Edition

Jam yang terkenal dengan jenamanya ini juga menghasilkan jam tangan pintar berkualiti dan mampu milik. Di mana jam ini memberi fungsi seperti telefon pintar yang boleh menerima notifikasi tidak kira melalui emel atau teks mesej menerusi alat peranti yang disambungkan.

Jam pintar ini disokong dengan sistem IOS 13 dan Android dan mempunyai sistem PC Streaming Game dan eSport activity di mana jam ini dapat membaca keadaan badan anda ketika bermain game dalam talian.

Ketahanan bateri pula mampu bertahan hingga 80 jam dalam mod e-sports dan 14 hari dalam mod jam pintar bermaksud, ketahanan bateri mengikut cara penggunaan.