Thursday, April 18, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Jam Rolex tahanan Perang Dunia ke-2 dijual AS$189,000

    NEW YORK, 10 JUN – Seutas jam tangan Rolex yang dipakai seorang tahanan British ketika Great Escape dari kem tawanan perang (POW) Nazi Stalag Luft III dijual pada harga AS$189,000 kelmarin.

    Menurut syarikat bidaan, Christie’s, kali terakhir jam tangan dijual kepada pembeli tanpa nama, adalah kurang daripada AS$200,000 dan AS$400,000.

    Jam tangan itu dipakai oleh Gerald Imeson pada malam 24 Mac 1944, apabila sekumpulan askar bersekutu melakukan tindakan berani melarikan diri yang memberi inspirasi kepada filem 1963, dibintangi Steve McQueen.

    Menurut Christie’s, Imeson dikatakan memesan jam tangan itu daripada Rolex di Switzerland dan dihantar melalui Palang Merah ke kem penjara berhampiran bandar Zagan di Poland.

    “Kami percaya jam tangan Imeson itu membantunya mengira masa yang diperlukan banduan untuk merangkak melalui terowong yang digunakan untuk melarikan diri serta menentukan masa rondaan pengawal kem.

    “Imeson memakai jam tangan Oyster Chronograph ketika dia menunggu baris ke-172 untuk melarikan diri,” tambah Christie’s.

    Daripada 200 banduan yang menyertai rancangan itu, 76 melarikan diri, tetapi Imeson tidak termasuk dalam kalangan mereka.

    Imeson kemudian dibebaskan dari kem POW yang lain pada akhir perang pada 1945 dan terus memakai jam itu sehingga meninggal dunia pada 2003 pada usia 85 tahun. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    29 pemberontak ditembak polis

    NEW DELHI, 17 APRIL - Polis di India menembak sekurang-kurangnya 29 pemberontak Maois di Chhattisgarh kelmarin, menurut pihak berkuasa, tiga hari sebelum permulaan pilihan...