Wednesday, April 24, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Jam tangan dijual AS$4 juta

    GENEVA, 8 NOV – Jam tangan oleh pembuat jam mekanikal legenda George Daniels dijual dengan harga lebih AS$4 juta dalam pelelongan, harga kedua tertinggi oleh pembuat jam tangan bebas, kata pelelong Phillips semalam.

    Jam tangan itu dianggarkan pada satu juta francs Swiss tetapi akhirnya dijual kepada seorang pembida dalam bilik di Pelelongan Jam Tangan Geneva pada harga AS$4.125 juta.

    “Ia menandakan harga tertinggi pernah dicatat untuk jam tangan oleh pembuat British tetapi juga harga kedua tertinggi yang dicatat oleh pembuat jam tangan bebas – satu pencapaian penting dalam pasaran,” kata Phillips.

    Jam tangan unik Spring Case Tourbillon dalam warna emas kuning itu siap pada 1992, dan merupakan satu daripada dua yang direka Daniels untuk kegunaannya sendiri. Daniels, yang meninggal dunia pada 2011 berusia 85 tahun, tergolong dalam kalangan pembuat jam tangan mekanikal mewah yang terkemuka. – AFP

    Jam tangan George Daniels dijual dengan harga lebih AS$4 juta dalam pelelongan, harga kedua tertinggi oleh pembuat jam tangan bebas. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...