Jam tangan Haechan NCT tarik perhatian

Apa sahaja yang digayakan oleh golongan selebriti pasti menarik perhatian peminat termasuklah jam tangan milik salah seorang ahli kumpulan NCT iaitu Haechan.

Menurut laporan Wow, aksesori yang dipakai oleh Haechan menjadi perbualan hangat peminat selepas sebuah laman sembang memuat naik foto serta harga jam tangan tersebut.

Hasil carian warganet mendapati jam tangan berwarna perak itu bernilai hampir RM33,000.

Harga tersebut mengejutkan segelintir peminat, namun ada juga menganggap nilai jam tersebut tidak terlalu mahal.

“Sejujurnya untuk mereka, nilai harga itu biasa sahaja, mampu milik! Lagipun ada ramai lagi selebriti lain memakai jam lebih mahal.

“Wow! Dia memakai jam semahal itu, bukan biasa-biasa. Perempuan suka simpan koleksi tas tangan mahal, lelaki pula suka simpan koleksi jam tangan dan kereta.

“Saya pernah tengok penyanyi lain pakai jam tangan jenama Rolex lebih mahal daripada ini, ini masih dianggap murah… maaflah saya pun tak tahu tentang jam!,” kata warganet di portal tersebut.