Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Jam tangan Hitler dilelong AS$1.1 juta

    BANDAR CHESAPEAKE, 1 OGOS – Sebuah firma lelong di Maryland telah berjaya menjual seutas jam tangan milik Adolf Hitler pada harga AS$1.1 juta.

    Alexander Historical Auctions di Bandar Chesapeake menganggarkan nilai jam tangan tersebut antara AS$2 hingga AS$4 juta, sekali gus mengambarkan jam tangan itu sebagai satu ‘peninggalan sejarah Perang Dunia Kedua’.

    Sementara itu, beberapa akhbar melaporkan pemimpin Yahudi dan yang lain membantah penjualan jam tangan tersebut yang menyifatkannya sebagai tidak mempunyai nilai sejarah.

    Presiden firma lelong, Bill Panagopulos bagaimanapun mempertahankan penjualan jam tangan milik Adolf Hitler dan mengatakan pembelinya adalah seorang bangsa Yahudi dari Eropah.

    Jam tangan tersebut mengandungi huruf AH dan logo swastika. Firma lelong tersebut berkata seorang tentera Perancis yang mengepung Adolf Hitler pada Mei 1945 di Berchtesgaden telah merampasnya sebagai harta rampasan perang. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...