Tuesday, October 15, 2024
28.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jamaica haramkan minuman manis di pusat kesihatan

    KINGSTON, 18 Sept – Mulai 1 Januari tahun depan, minuman manis atau bergula akan diharamkan di semua fasiliti kesihatan awam Jamaica.

    Menteri Kesihatan, Christopher Tufton, dalam satu kenyataan kepada Perkhidmatan maklumat Jamaica, berkata petugas sektor kesihatan dan pusat penjagaan perlu menunjukkan teladan yang baik dari segi polisi nutrisi sihat.

    Terdapat beribu-ribu orang yang bekerja di hospital, jadi kami ingin mereka dididik dan mendidik masyarakat mengenai masalah yang dikaitkan dengan pengambilan minuman ringan dan soda bergula tinggi, katanya.

    Tufton juga berkata larangan itu akan memberi kesan terhadap produk yang dijual oleh penjaja serta pihak lain di hospital awam dan pusat kesihatan.

    Selain itu, Tufton berkata kempen kesedaran berhubung masalah kesihatan yang dikaitkan dengan minuman manis atau bergula masih berterusan, dan pada Januari depan, pihak pentadbir institusi terbabit akan menjadi ‘bahagian yang penting dalam polisi baharu tersebut.’

    Tafton berkata sehingga Disember ini, negara itu akan mengambil langkah sewajarnya untuk menyekat beberapa jenis minuman ringan yang dijual di sekolah dan kawasan awam lain. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda