Saturday, June 10, 2023
27.6 C
Brunei

    -

    Jamaica ke final, kejutkan Mexico

    LOS ANGELES, 24 Julai – Kemar Lawrence telah menjaringkan gol di minit ke-88 bagi memberikan Jamaica satu kemenangan mengejut 1-0 ke atas juara bertahan Mexico dalam aksi separuh akhir Piala Emas CONCACAF pagi tadi.

    Pemain pertahanan berusia 24 tahun itu dari pasukan New York Red Bulls di Major League Soccer (MLS) dengan menariknya menghasilkan sepakan percuma melencong melepasi dinding pertahanan dan kemudian menewaskan penjaga gol Mexico bagi memberikan gol kemenangan di Rose Bowl.

    Skuad Jamaica telah mara untuk berhadapan dengan pasukan tuan rumah, AS Rabu ini, yang akan berlangsung di Santa Clara, California. Skuad AS telah menewaskan Costa Rica 2-0 bagi aksi separuh akhir mereka minggu lalu.

    Meskipun menghantara sebahagian besar pemain terbaiknya ke Rusia bagi Piala Konfederasi, keputusan skuad Mexico menjadi ujian diri, menurut pemangku pengurus, Luis Pompilio Paez.

    “Bola sepak Mexico perlu bangkit daripada kejatuhan ini,” katanya. “Akan terdapat analisis individu dan kolektif serta melakukan kritikan diri.

    Para pemain Jamaica (jersi kuning) meraikan gol mereka ke atas Mexico, sementara beberapa orang pemain Mexico mengekspresikan rasa kecewa mereka dalam aksi separuh akhir Piala Emas CONCACAF di Pasadena. – AP
    Para pemain Jamaica (jersi kuning) meraikan gol mereka ke atas Mexico, sementara beberapa orang pemain Mexico mengekspresikan rasa kecewa mereka dalam aksi separuh akhir Piala Emas CONCACAF di Pasadena. – AP

    “Kami perlu membuat penyesuaian. Kami berazam memberikan yang terbaik. Jika kami tidak menang, kami semua akan melakukan kritikan diri dan melihat kekurangan diri. Ini adalah satu proses dan kami semua akan bertambah baik.”

    Ia hanyalah kemenangan ketiga Jamaica ke atas Mexico, membalas dendam atas kekalahan 3-1 kepada Mexico di final Piala Emas 2015 selepas terikat seri tanpa jaringan dengan mereka awal bulan ini dalam peringkat kumpulan.

    Mexico ketinggalan buat pertama kali dalam kejohanan itu apabila Lawrence melakukan sepakan percuma yang diberikan selepas Hugo Ayala melakukan faul ke atas Michael Binns.

    Penjaga gol Mexico, Jose Corona berdiri agak jauh untuk menyelamatkan bola, yang terkena bawah gawang sebelum menerjah jaring.

    Juara tujuh kali itu memberikan tekanan ke atas Jamaica hingga minit akhir tetapi gagal menjaringkan gol penyamaan.

    “Kami sudah melihat ilusi memberikan kemenangan kepada penyokong Mexico,” kata Paez. “Kekurangan kami adalah keberkesanan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Jepun semak semula undang-undang

    TOKYO, 9 JUN - Jepun meluluskan undang-undang imigresen yang membenarkan kerajaan menghantar pulang pencari suaka yang gagal, walaupun mendapat tentangan daripada parti pembangkang dan...
    - Advertisment -