Jamaica mahu tumbangkan AS

LOS ANGELES, 25 Julai – Jamaica kini dalam laluan melepaskan cengkaman Amerika Utara ke atas Piala Emas CONCACAF apabila mereka menghadapi pasukan pilihan, Amerika Syarikat (AS) pagi Khamis di pentas final Stadium Levi, Santa Clara, California.

Ketibaan skuad Bruce Arena bagi perlawanan gelaran kejohanan serantai Amerika Utara dan Tengah itu tidak mengejutkan.

Meskipun mereka telah dinafikan oleh Jamaica dalam kekalahan separuh akhir 2015, mereka kini memburu gelaran keenam kejohanan serantau itu.

Sejak Piala Emas diperkenalkan pada tahun 1991, Mexico telah memenangi tujuh gelaran, AS lima dan Kanada satu, pada tahun 2000.

Tetapi Jamaica sekali lagi mengetuk pintu bagi gelaran pertama.

Kemar Lawrence diraikan orang rakan sepasukan Jamaica selepas jaringannya ke atas Mexico dalam aksi separuh akhir Piala Emas CONCACAF. Jamaica kini mengintai mahu memecahkan dominasi AS-Mexico di kejohanan tersebut. – AP
Kemar Lawrence diraikan orang rakan sepasukan Jamaica selepas jaringannya ke atas Mexico dalam aksi separuh akhir Piala Emas CONCACAF. Jamaica kini mengintai mahu memecahkan dominasi AS-Mexico di kejohanan tersebut. – AP
Pemain AS, Clint Dempsey meraikan jaringannya dalam kemenangan 2-0 ke atas Costa Rica. Dempsey mampu mengatasi rekod Donovan jika dia berjaya menjaringkan satu gol ketika menentang Jamaica di final. - AP
Pemain AS, Clint Dempsey meraikan jaringannya dalam kemenangan 2-0 ke atas Costa Rica. Dempsey mampu mengatasi rekod Donovan jika dia berjaya menjaringkan satu gol ketika menentang Jamaica di final. – AP

Mereka mengejutkan juara bertahan, Mexico dalam separuh akhir untuk menjadi satu-satunya pasukan AS dan Mexico yang mara ke final berturut-turut.

“Kitaran itu yang kami mahu pecahkan,” kata jurulatih Jamaica, Theodore Whitmore mengenai dominasi AS-Mexico dalam kejohanan itu dan rantau tersebut.

“Itulah yang kami, sebagai kakitangan dan pemain, bincangkan. Ia selalu Mexico-AS. Kami mahu berada di kumpulan teratas itu.

“Kami mahu menjadi sebuah pasukan, sebuah negara yang orang lain boleh katakan. Dan itulah yang kami usahakan.”

Mendapat inspirasi dengan kecemerlangan kapten Andre Blake, dan gol kemenangan menerusi Kemar Lawrence dalam kemenangan 1-0 separuh akhir menentang Mexico, telah membawa negara Caribbean itu kembali ke final.

Pasukan itu bermain dengan teratur di bahagian pertahanan dan mengekalkan ketenangan mereka menentang skuad Mexico yang kurang berpengalaman, yang juga beraksi tanpa jurulatih Juan Carlos Osorio yang menjalani penggantungan enam perlawanan oleh FIFA.

Jamaica hanya melepaskan dua gol dalam lima perlawanan setakat ini.

“Kami mempunyai skuad agak muda dan berpengalaman, itu yang membawa kami mengharungi kejohanan itu,” kata Whitmore. “Saya fikir kami mempunyai lima pemain kental di bawah, termasuk Andre Blake, sangat teratur.

“Terdapat beberapa perkara yang masih boleh diperbaiki, tetapi ia berhasil, jelasnya, dalam kejohanan.”

Seperti Mexico, AS membariskan skuad muda dan tidak berpengalaman dalam peringkat kumpulan, tetapi Arena kemudian menyenaraikan beberapa orang pemain berpengalaman bagi peringkat kalah mati dan mereka tidak mengecewakan.

Clint Dempsey telah menyamai rekod AS dengan jaringan antarabangsa ke-57 ketika pasukan itu menang 2-0 dalam aksi separuh akhir ke atas Costa Rica.

Dia mampu melepasi penanda aras yang ditetapkan oleh Landon Donovan itu dengan satu gol menentang Jamaica.

AS masih belum tewas dalam 13 perlawanan sejak Arena kembali mengendalikan pasukan itu, menggantikan Jurgen Klinsmann, yang dipecat selepas kekalahan 4-0 kepada Costa Rica dalam kelayakan Piala Dunia. – AFP