Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Jamal tak pilih kasih

    Penyanyi legenda, Datuk Jamal Abdillah menafikan sikap pilih kasih menjadi punca hubungan dengan anak keduanya, Zaki Yamani menjadi renggang.

    Walaupun tidak tinggal bersama, namun sebagai bapa, Jamal berkata, dia tetap melayan Zaki sama rata seperti anak-anak lain.

    “Hubungan sudah kembali jernih apabila kami terbabit dalam rakaman program realiti bersama. Jujurnya, saya tak pernah membezakan kasih sayang anak-anak.

    “Bila-bila kalau Zaki nak duduk dengan saya pun tiada halangan. Saya memang sudah menyediakan rumah seorang satu untuk anak-anak.

    “Jadi, tiada isu saya nak pilih kasih,” katanya kepada media.

    Jamal mengulas isu hubungan bersama anak kedua renggang ketika ditemui pada sidang media Konsert Tribute Seniman Negara, Datuk Seri Ahmad Nawab di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

    Meskipun begitu, penyanyi bervokal mantap ini enggan mencetuskan perbalahan dengan bekas isteri berhubung isu itu. Justeru, Jamal lebih selesa membiarkan wanita itu sendiri membuat keputusan.

    “Saya tak boleh buat apa, kuasa pada tangan ibunya. Saya tak nak bergaduh, nanti anak yang susah.

    “Jadi, saya serahkan kepada ibunya untuk uruskan,” jelas Jamal.

    Terdahulu, kontroversi tercetus apabila Zaki pernah meluahkan rasa rindu selepas enam tahun tidak berpeluang beraya bersama bapanya. Jamal pula mendakwa dihalang bertemu dengan anaknya selepas berpisah dengan bekas isteri, Fatimatuzahra Samad. – Agensi

    Jamal Abdillah menafikan sikap pilih kasih menjadi punca hubungan dengan anak keduanya, Zaki Yamani menjadi renggang. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...