Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Jamal teringin berduet dengan Judika

    Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah berhasrat berpadu suara dengan penyanyi dari Indonesia, Judika dalam konsert.

    Jamal berkata, usaha sudah diatur bagi menunaikan hajat yang sudah lama tersimpan dalam hatinya.

    “Saya suka dengan vokal dan cara nyanyian Judika. Jujur saya katakan, kalau saya berada di sebelahnya, tercabarlah juga.

    “Disebabkan itu, saya berhasrat membawa Judika ke Kuala Lumpur menjayakan konsert bersama saya.

    “Urusan membawa Judika sudah pun dibuat. Namun, malangnya, jadual Judika terlalu padat. Kena tunggulah kerana itu memang hajat saya,” katanya kepada BH Online.

    Jamal mengaku tertarik dengan vokal dan cara nyanyian Judika. – Agensi

    Jamal atau nama sebenar, Jamal Ubaidillah Mohd Ali, 63, juga berminat berduet dengan penyanyi vokal mantap, Azharina Azhar.

    “Azharina ada teknik nyanyian yang bagus. Saya suka dengan nada suaranya yang ‘husky’.

    “Cuma, kalau saya nak berduet dengan Azharina, mungkin bukanlah seperti lagu yang saya nyanyikan bersama Wany Hasrita.

    “Muziknya lebih ke arah pop R & B,” kata penyanyi lagu Kau Kekasih Awal dan Akhir ini.
    Jamal ditemui pada majlis pelancaran Konsert Canggung Datuk Jamal Abdillah di ibu negara, baru-baru ini.

    Yang turut hadir, penganjur konsert, Fadzil Teh yang juga penerbit Zeel Production Sdn Bhd dan Wany.

    Konsert Canggung Datuk Jamal Abdillah akan dianjurkan di Dewan 2020, Kangar, Perlis pada 29 Oktober ini.

    Konsert itu turut menampilkan Amelina, Aweera, Wany, Khai Bahar dan Amir Masdi. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...