Wednesday, April 24, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Jambatan Bagan Datuk-Sejagop dijangka siap menjelang Aidilfitri

    BAGAN DATUK, 23 JAN – Projek pembinaan laluan jambatan Bagan Datuk-Sejagop di sini yang menghubungkan pekan Bagan Datuk dengan Kampung Sejagop di daerah Perak Tengah dijangka siap menjelang Aidilfitri tahun ini. 

    Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pengguna jalan raya dijangka boleh menggunakan laluan sejauh 10.5 kilometer (km) dan jambatan merentasi sungai Perak sepanjang 1.5km yang merupakan projek ikonik di Perak itu, pada 20 April depan.

    “Kita harap projek ini siap sepenuhnya bagi memberi kemudahan bukan sahaja kepada penduduk Parlimen Pasir Salak dan Bagan Datuk, tetapi penduduk Manjung dan seluruh Perak untuk ke Kuala Lumpur.

    “Apabila siapnya jambatan dan Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) ini, perjalanan dari daerah ini ke Kuala Lumpur dijangka dapat dijimatkan dengan hanya mengambil masa kira-kira sejam setengah,” katanya kepada pemberita ketika melakukan lawatan ke
    tapak pembinaan projek jambatan itu, di sini hari ini. – Bernama

    Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kiri) membuat lawatan ke projek pembinaan laluan Jambatan Bagan Datuk-Sejagop kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...