Thursday, April 18, 2024
28.5 C
Brunei

    -

    Jambatan baharu Sungai Liau dijangka siap 2024

    KOTA KINABALU, 24 OGOS – Projek pembinaan jambatan baharu Sungai Liau di Kilometer 117.1 Jalan Kota Kinabalu-Keningau-Tenom bernilai RM7.2 juta mula dilaksanakan dan dijangka siap pada Februari 2024, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Arthur Joseph Kurup.

    Beliau berkata kerja awalan pembinaan jambatan kekal sepanjang 30 meter itu telah dilaksanakan dan berdasarkan perancangan kerja pihak kontraktor, jentera akan mula masuk ke tapak pembinaan pada awal September ini.

    “Kerja-kerja fizikal di tapak dijangka lebih rancak dalam usaha untuk memastikan projek pembinaan jambatan tersebut siap dalam tempoh yang telah ditetapkan,” katanya dalam kenyataan hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Utusan AS ke PBB berikrar sokong keluarga Jepun yang diculik Korea...

    TOKYO, 18 APRIL - Amerika Syarikat (AS) berdiri bersama Jepun sehingga semua warga Jepun yang diculik oleh Korea Utara beberapa dekad lalu pulang ke...