Jambatan Bailey pilihan penduduk Tuaran

TUARAN, 21 JULAI – Jambatan Bailey menyeberang Sungai Labuaya, di sini, terus menjadi kemudahan pilihan lebih 5,000 pengguna setempat untuk ke pekan Tuaran setiap hari, walaupun usia kemudahan itu sudah menjangkau lima dekad.

Kemudahan sepanjang lebih 100 meter panjang itu cukup terkenal dalam kalangan pengguna berkenderaan bukan hanya dari Tuaran, malah pengguna dari daerah lain seperti Kota Belud, Kota Marudu, Pitas dan Kudat, yang ingin singgah di pekan ini.

Mengikut sejarah, jambatan berusia kira-kira 50 tahun itu, dibina pada awal tahun 80an untuk kemudahan penduduk kampung berhampiran seperti Serusup, Tajau, Penimbawan, Kindu, Indai, Selupoh dan Kegayungan menyeberang ke pekan ini.

Sebelum itu, penduduk perkampungan terbabit terpaksa menggunakan tongkang atau sampan setiap kali hendak ke pekan, memandangkan tiada kemudahan lain disediakan di situ.

Jambatan Bailey yang dibangunkan menggunakan teknologi British, telah diselanggarakan oleh Jabatan Kerja Raya secara berkala bagi memastikan kemudahan tersebut sentiasa dalam keadaan selamat untuk para pengguna. – Bernama