Jambatan di Simpang 136 tutup

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 JULAI – Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan bahawa jambatan di Simpang 136, Jalan Jerudong (rajah) akan ditutup sementara bermula 16 Julai, jam 9 pagi.

Penutupan jambatan berkenaan adalah bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan dan pemeliharaan jambatan berkenaan dapat dilaksanakan yang dijangka akan siap pada 16 Ogos, JKR menjelaskan dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Dengan itu, jabatan dalam kenyataannya memaklumkan para pengguna jalan raya supaya akan dapat menggunakan jalan-jalan alternatif yang berdekatan untuk melalui ke kawasan yang berkenaan. JKR turut mengingatkan para pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati apabila melalui di kawasan tersebut di samping mematuhi tanda-tanda lalu lintas demi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini.

Sebarang aduan, orang ramai bolehlah menghubungi pihak jabatan melalui Talian Darussalam 123, Livechat 8333123, Facebook Jabatan Kerja Raya, Brunei Darussalam dan e-mel pro@pwd.gov.bn.