Jambatan Lebuhraya Telisai-Lumut ditutup

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 DIS – Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan ingin memaklumkan kepada orang ramai terutama kepada pengguna jalan raya bahawa sebahagian jalan di jambatan di kawasan kilometer 5 Lebuhraya Telisai-Lumut (hala Lumut) akan ditutup sementara untuk memberikan laluan kepada pihak pemborong untuk melaksanakan kerja-kerja pemeliharaan jambatan berkenaan.

Kerja-kerja pemeliharaan tersebut akan bermula pada 7 Disember 2019 jam 9 pagi sehingga kerja-kerja selesai dilaksanakan.

Dengan ini, Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan mengingatkan kepada pengguna-pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati apabila melalui di kawasan tersebut di samping mematuhi tanda-tanda lalu lintas demi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.

Sebarang aduan, orang ramai bolehlah menghubungi pihak Jabatan ini melalui Talian Darussalam 123/Livechat 8333123, laman Facebook: Jabatan Kerja Raya, Brunei Darussalam dan email: [email protected]

Sekali lagi, Jabatan Kerja Raya memohon maaf atas perkara tersebut dan berterima kasih atas kefahaman dan kesabaran orang ramai.