Friday, October 11, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jambatan perbalahan antara Croatia dan Bosnia

    KELIHATAN Brbora sedang memeriksa kerangnya di Croatia namun setiap kali berbuat demikian, Brbora harus melintasi sempadan Bosnia kemudian akan keluar dari sempadan tersebut kembali semula ke Croatia untuk menjual kerangnya itu.

    Selama bertahun-tahun, nelayan mengusahakan ladang tiram dan kerang yang berusia 57 tahun itu telah menunggu pembinaan sebuah jambatan yang mana telah dirancang bagi meringkan perjalanan yang rumit dan memakan masa. Namun projek itu yang mana akan menghubungkan tanah besar Croatia dengan kawasan Selatan Bosnia, telah melalui cabaran dan halangan yang berterusan serta mencetuskan pertikaian sesama negara.

    Projek itu mengalami pelbagai masalah antaranya ‘Patchwork Style’ di seluruh Balkan berikutan perpecahan berdarah bekas persekutuan Yugoslavia itu pada tahun 1990-an. Negara-negara bekas persekutuan Yugoslavia itu telah bangkit dan kini menjadi sempadan antarabangsa dengan wilayah-wilayah yang semakin membangun. Namun Bosnia masih mengekalkan akses kawasan pantainya menjadi outlet kecil yang mengarah ke Laut Adriatik melintasi Croatia.

    Akibat perpecahan itu, sekitar 90,000 penduduk, termasuk penduduk Dubrovnik yang terkenal di Selatan Croatia terpecah dari seluruh negara berkenaan. Semasa musim perlancongan yang sibuk, Brbora akan mengambil masa sekitar empat jam untuk membuat perjalanan dari pelabuhan kecil Zamaslina ke Makarska, sebuah bandar lain yang terletak di Utara Pantai Adriatik. “Sekiranya tidak ada sempadan, kita boleh menyeberangi jarak 100 kilometer (62 batu) hanya dalam masa setengah jam,” tambah Brbora lagi kepada media.

    Brbora terpaksa terlebih dahulu membuat perjalanan dari Croatia memasuki Bosnia, menyeberangi melalui bandar Neum Pantai Bosnia ke kawasan pos sempadan dan kembali semula ke Croatia. – AFP

    Disebabkan itu, Brbora terpaksa terlebih dahulu membuat perjalanan dari Croatia memasuki Bosnia, menyeberangi melalui bandar Neum Pantai Bosnia ke kawasan pos sempadan dan kembali semula ke Croatia. Perjalanan itu dianggap sebagai satu perjalanan yang abadi. Croatia telah lama berusaha untuk mencari satu penyelesaian dan idea untuk pembinaan jambatan sejauh 2.4 kilometer itu akan menghubungkan wilayahnya dengan semenanjung kecil wilayah Bosnia. Sebagai lambang perpaduan antara dua buah negara, dua tiang akan ditanam di setiap sisi persimpangan selat. Pembinaan jambatan itu bermula pada tahun 2007 namun projek itu terhenti selama lima tahun kerana kekurangan dana.

    Merubah segalanya

    Kesatuan Eropah yang mana telah disertai oleh Croatia pada tahun 2013 telah bersetuju pada bulan Jun yang lalu untuk membiayai sekitar 85 peratus kos pembinaan jambatan perpaduan itu iaitu sebanyak 420 juta euro (AS$494 juta). “Jambatan ini akan mengubah segala-galanya untuk kami, ia akan memudahkan hidup kami,” kata Gordana Pincevic, pemilik kebun anggur di semenanjung Peljesac. “Apabila saya pergi membeli peti sejuk di Split, ketika pulang, saya perlu membuktikan kepada kastam Bosnia bahawa peti sejuk itu akan meninggalkan Bosnia dan kemudian ke kastam Croatia,” tambah Gordana lagi kepada wartawan media.

    Namun di sebalik pembinaan jambatan itu, ramai juga yang khuatir, jambatan yang berukuran 55 meter tinggi itu akan menghalang kemasukan kapal ton tinggi. Dan Sarajevo turut berhujah bahawa ia terlebih dahulu mahu berbincang dan membuat perjanjian di koridor maritime yang mana memberikan akses ke perairan antarabangsa sebelum jambatan itu dibuka. Pemimpin Bosnia, Bakir Izetbegovic menggesa Suruhanjaya Eropah untuk menarik sokongan kewangan itu ke atas Croatia untuk membina jambatan berkenaan.

    Namun di sebalik pembinaan jambatan itu, ramai juga yang takut, jambatan yang berukuran 55 meter tinggi itu akan menghalang kemasukan kapal ton tinggi. – AFP

    “Bagi melangkah ke jambatan Peljesac ‘Tanpa ada kebenaran dari pihak Bosnia’ adalah menyalahi undang-undang dan melanggar konvensyen PBB tentang undang-undang laut,” kata Izetbegovic, anggota kepresidenan tiga anggota Muslim Bosnia.

    “Kami akan membina jambatan itu,” kata Perdana Menteri Croatia, Andrej Plenkovic, berulang kali menegaskan. Perdana Menteri itu telah berusaha untuk menyakinkan Bosnia bahawa ciri-ciri teknikal jambatan itu akan membolehkan kapal-kapal yang besar untuk melaluinya tanpa ada sebarang masalah. “Dimensi untuk jambatan itu telah dipersetujui oleh desakan Bosnia dan bahkan meningkatkan kos awal projek berkenaan,” kata Gabenor daerah Dubrovnik, Nikola Dobroslavic kepada media.

    Sebagai contoh, jarak antara tiang pendukungnya akan menjadi 200 meter namun perbalahan Bosnia untuk menghentikan jambatan itu dihalang oleh perpecahan etnik antara kaum Croat, Muslim dan Serbia, yang tidak semestinya mengambil pendirian yang sama mengenai isu-isu mengenai negara. Anggota Croat, Presiden Bosnia, Dragan Covic, berkata bahawa dia telah melihat bahawa tidak ada halangan formal atau undang-undang terhadap pembinaan jambatan itu. “Kedua-dua buah negara akan mendapat keuntungan dari pembinaan jambatan ini terutamanya wilayah Neum,” tambahnya lagi kepada media.

    Kesatuan Eropah telah mengingatkan Bosnia untuk meredakan perselisihan mereka. “Bosnia bukan ahli EU dan sukar untuk mengatakan bila ia akan dilakukan institusi ketenteraman dan Eropah mahu sempadan luar yang stabil,” tambah Nikola mengakhiri temu ramah bersama media. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda