Wednesday, April 24, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Jambatan runtuh di Norway

    COPENHAGEN, DENMARK, 2 DIS – Sebuah jambatan kayu merentas sungai di selatan Norway runtuh disebabkan “pecahnya salah satu pepenjuru dalam rentang utama,” kata Pihak Berkuasa Penyiasatan Keselamatan Norway dalam laporan yang dikeluarkan hari ini.

    Dalam laporan berdasarkan siasatan awal, pihak berkuasa berkata Jambatan Tretten mengalami ‘kerosakan yang ketara’ dan kapasiti galas bebannya adalah separuh daripada apa yang sepatutnya sebelum rentang runtuh pada 15 Ogos lalu.

    Jambatan sepanjang 150 meter (500 kaki panjang) yang diperbuat daripada kayu berlamina dan keluli terpaku itu memberi laluan ketika sebuah trak dan sebuah kereta sedang melintasinya. Kereta itu terjunam ke dalam Sungai Gudbrandsdalslaagen, dan trak itu kekal di atas jambatan dalam kedudukan hampir menegak pada bahagian yang naik dari air pada sudut yang curam.

    Pemandu kedua-dua kenderaan berjaya diselamatkan, dan tiada sesiapa yang cedera. Jambatan itu dibuka pada 2012. Sehari selepas keruntuhan, w)alaubagaimanapun, Pentadbiran Jalan Raya Norway mengarahkan penutupan sementara 14 jambatan yang serupa.

    Pihak Berkuasa Penyiasatan Keselamatan Norway menegaskan bahawa kesimpulan laporan akhir akan mengandungi maklumat yang lebih terperinci tentang penyiasatan dan penemuan teknikal. Ia tidak menyatakan bila laporan akhir akan disiapkan.

    Pada 2016, sebuah lagi jambatan yang diperbuat daripada kayu berlamina terpaku runtuh di Lembah Gudbrand Norway. Pemandu lori yang sedang melintas ketika kejadian itu mengalami cedera ringan.

    Berikutan keruntuhan itu, badan kerajaan yang bertanggungjawab terhadap infrastruktur Norway menutup sementara 11 jambatan serupa, termasuk Jambatan Tretten. Agensi itu berkata dalam laporan mengenai insiden 2016 bahawa “punca keruntuhan jambatan adalah disebabkan cantuman yang rosak dalam rangka kerja.” – AP

    Pemandangan jambatan yang runtuh di atas Sungai Laagen, di Gudbrandsdalen, Norway. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...