KEBIASAANNYA jambatan dibina apabila dua buah tempat terpisah kerana adanya sungai, jurang mahupun jalan raya. Jambatan bukan sahaja binaan yang dapat menghubungkan antara dua destinasi, malahan jambatan dapat memudahkan sistem pengangkutan sesebuah negara.
Paling mengujakan, jambatan yang dibina menjadi kebanggaan bagi sesebuah negara di samping menjadi lokasi menarik sebagai tarikan pelancongan sesebuah negara.
Di sini dikongsikan antara jambatan yang popular dan unik dari serata dunia:
1-Jambatan Golden Gate

Sekitar tahun 1937, ketika struktur ini siap dibina, jambatan ini telah menjadi jambatan gantung terpanjang di dunia dan menjadi simbol kebanggaan di Francisco dan California.
Malahan, jambatan ini telah muncul dalam filem-filem Hollywood pada tahun-tahun tersebut. Jambatan ini memiliki ketinggian 227.4 meter yang menghubungkan Kota San Francisco dan Marin Country. Secara tidak langsung, jambatan ini menjadi kemudahan yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi di kota dan daerah sekitarnya
2-The Great Belt Fixed Link

Jambatan ini telah menjadi jambatan tertinggi di Eropah. Di samping itu, jambatan ini telah menghubungkan Zealand dengan pulau-pulau Funen di Great Belt Denmark.
Paling mengujakan, apabila struktur ini telah siap dibina pada tahun 1998, ia telah mencatatkan ketinggian 254 meter yang mana terdiri daripada sebuah jalan, sebuah terowong kereta api dan sebuah kotak kayu palang jambatan (box girder bridge). Jambatan ini merupakan milik Denmark dengan kos termahal dalam sejarah iaitu AS$950 juta.
3-Jambatan Millau Viaduct

Jambatan ini berada pada ketinggian 343 meter dan telah diangkat sebagai jambatan tertinggi di dunia. Jambatan ini merupakan sebuah jambatan jalan bersanggahkan kabel yang menyeberangi lembah Sungai Tarn, Millau, yang terletak di selatan Perancis.
Selain itu, jambatan ini sangat mengagumkan, bahkan apabila diukur ketinggiannya, ianya hampir menyamai Bangunan Empire State serta memiliki struktur yang sangat kukuh dan mengagumkan.
Juga tidak ketinggalan, Jambatan Millau Viaduct ini pernah dimasukkan di dalam rancangan Channel National Geographic. – Agensi