Wednesday, December 4, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jambatan ‘Winnie-the-Pooh’ dilelong lebih AS$170,000

    LONDON, 7 OKT – Jambatan yang digambarkan oleh pengarang A.A Milne dalam buku kanak-kanak mengenai beruang yang menyukai madu, Winnie-the-Pooh telah dilelong dengan harga lebih dua kali ganda daripada anggarannya, kata seorang pelelong di United Kingdom (UK).

    Dibina pada tahun 1907 di Perhutanan Ashdown di selatan England tetapi kemudian diganti dan dipulihkan, jambatan itu memperoleh AS$179,000 dalam tawaran tertutup, kata pelelong, Summers Place Auction.

    Pada awalnya jambatan tersebut dikenali sebagai jambatan Posingford, ia membayangkan imaginasi generasi kanak-kanak sebagai ‘Jambatan Poohsticks’ di mana beruang protagonis mencipta permainan menjatuhkan ranting kayu dan pinecone ke dalam air di bawahnya.

    Anak lelaki Milne, Christopher Robin, yang mengilhami buku-buku dan berkongsi nama dengan anak lelaki yang menyertai Pooh dalam pengembaraannya, bermain di jambatan pada tahun 1920an sebelum ia muncul dalam buku-buku, yang digambarkan oleh E.H Shepard.

    Walaupun menarik banyak tawaran global, jambatan tersebut akhirnya dimiliki oleh bangsawan tempatan, William Sackville, yang mempunyai ladang Buckhurst terletak tidak jauh dari tempat jambatan itu dibina.

    “Ini akan menjadi kebanggaan di ladang yang hampir dengan kedudukan asalnya dan saya berharap banyak kanak-kanak (dan orang dewasa) dapat mengagumi jambatan asal yang menjadi inspirasi salah satu permainan paling terkenal yang masih dimainkan oleh kanak-kanak di UK dan luar negara – ‘Poohsticks’,” katanya. – AFP

    Jambatan kayu yang dikenali sebagai Posingford Bridge yang memberi ilham kepada pengarang Winnie-the-Pooh berikutan permainan ‘Poohsticks’ dengan anaknya, Christoper. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda