Thursday, April 24, 2025
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jambori berbasikal PDRM bakal jadi acara tahunan

    TAWAU, 12 Mac – Polis Sabah mempertimbangkan untuk menjadikan kejohanan Jambori Berbasikal “MTB XC Challenge PDRM Tawau” sebagai acara tahunan bersempena sambutan Hari Polis, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din.

    Beliau berkata kejohanan itu dapat menjadi platform mengukuhkan hubu-ngan polis dan masyarakat yang saling memerlukan antara satu sama lain.

    “Kejohanan ini diadakan bersempena Hari Polis ke-210 tahun ini dan mendapat sambutan menggalakkan termasuk penyertaan dari luar negara, oleh itu kita harap aktiviti ini dapat dilaksanakan lagi,” katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program pelepasan peserta kejohanan itu di Onika Quarry Jalan Sin On oleh Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan di sini, hari ini.

    Jambori berbasikal sejauh 35 kilometer itu disertai 788 peserta termasuk dari Brunei dan Indonesia. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda