Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    James, Antetokounmpo bakal pimpin pasukan All-Star NBA

    LOS ANGELES, 27 JAN – Superstar Los Angeles Lakers, LeBron James (gambar-AP) dan Giannis Antetokounmpo dari Milwaukee akan mengetuai pasukan dalam Perlawanan All-Star NBA bulan depan selepas pengundian terakhir yang menyaksikan bintang Philadelphia, Joel Embiid gagal mendapat tempat permulaan.

    James akan menyamai rekod Kareem Abdul-Jabbar, pemain yang berada di landasan betul untuk memintasnya sebagai penjaring terbanyak sepanjang masa NBA – untuk penampilan terbanyak Perlawanan All-Star dengan 19 kali.

    Juara NBA empat kali itu, mempunyai purata 29.9 mata, 8.5 rebound dan 7 assist musim ini, kini telah berkhidmat sebagai kapten, sebagai penerima undian teratas dari persidangannya, dalam setiap enam tahun liga telah menggunakan format pemilihan kapten daripada pasukan-pasukan yang semua pemainnya tersedia.

    Antetokounmpo, MVP NBA dua kali bersama Bucks, akan menjadi kapten buat kali ketiga dalam kariernya, setelah mengetuai pasukan pada 2019 dan 2020.

    Menyertai James antara pemain permulaan yang dipilih dari Western Conference ialah penyerang New Orleans Pelicans, Zion Williamson, pemain tengah Denver Nuggets, Nikola Jokic, pemain Golden State Warriors, Stephen Curry dan pemain guard Dallas Mavericks, Luka Doncic.

    Manakala Pemain lain dari Eastern Conference ialah penyerang Brooklyn Nets, Kevin Durant dan rakan sepasukan Kyrie Irving, penyerang Boston Celtics, Jayson Tatum dan pemain Cleveland Cavaliers, Donovan Mitchell.

    Pengundian peminat menyumbang 50 peratus daripada undian, dengan pengundian di kalangan pemain NBA dan panel media masing-masing menyumbang 25 peratus undian.

    Jokic, pemegang gelaran MVP dua kali, akan bermain dalam perlawanan All-Star kelima berturut-turut. Dia mencatatkan purata 25.1 mata, 11 rebound dan 9.9 asist untuk Denver, yang mengetuai Western Conference. – AFP

    Reaksi LeBron James semasa separuh masa kedua perlawanan bola keranjang NBA, baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...