Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    James Corden akan tinggalkan The Late Night Show

    James Corden berkata dia akan berhenti daripada terlibat dalam rancangan lewat malam di TV CBS tahun depan, menyebutnya sebagai masa yang baik untuk beralih dan melihat apa lagi yang mungkin boleh dilakukan.

    Corden mengumumkan keputusannya semasa rakaman The Late Late Show baru-baru ini, yang dia mula mengacara sejak 2015.

    “Apabila saya memulakan memulakan bidang ini, ia akan menjadi sebuah pengembaraan. Saya tidak pernah melihatnya sebagai destinasi terakhir saya,” katanya.

    “Dan saya tidak pernah mahu rancangan ini diteruskan dengan terlalu lama. Saya sentiasa suka ketika mengacarakannya,” tambahnya lagi.

    Corden, yang tidak memberikan butiran mengenai kerjaya seterusnya, berkata rancangan lewat malam itu telah mengubah kehidupannya.

    Dia akan kekal dengan rancangan itu selama setahun lagi dan berjanji ia akan ‘keluar dengan hebat’ dan dia meramalkan dengan ‘begitu banyak air mata’.

    Kontrak Corden akan tamat Ogos ini, tetapi pelakon dan penulis kelahiran London itu melanjutkan kontrak perjanjian untuk musim lain.

    Dia akan meninggalkan rancangan yang disiarkan pada malam minggu pada 12:37 pagi pada musim bunga 2023. – AP

    Corden mengumumkan keputusannya semasa rakaman The Late Late Show baru-baru ini, yang dia mula mengacara sejak 2015. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...