LOS ANGELES, 29 Jun – Ini mungkin menjadi pertukaran pasukan luar musim bagi Los Angeles Lakers menerusi pasaran ejen bebas pemain bintang yang dijangka akan memperkenalkan LeBron James dan Paul George.
Pasukan Lakers berharap untuk mengembalikan zaman–zaman kegemilangan dengan membangunkan pasukan kuat menerusi salah satu tawaran ejen bebas terkuat dalam tempoh beberapa tahun.
Ini mungkin bermakna menarik James dan George, yang menumpukan ke arah Lakers buat beberapa ketika sekarang. Dengan kemasukan dua pemain itu akan memberikan Lakers lebih banyak pengaruh dalam perbincangan pertukaran bagi Kwahi Leonard, yang mahu meninggalkan San Antonio.
George, James memiliki masa sehingga hari ini untuk memastikan pilihan pemain–pemain mereka pada tahun–tahun akhir kontrak mereka dan menjadi ejen bebas yang tidak terhad.
Mendapatkan ketiga–tiganya adalah senario yang diimpikan peminat-peminat Lakers dan akan mengembalikan semula detik Showtime Dynasty 1980an. George berasal dari Palmalde, California, barat laut Los Angeles, dan Leonard berasal dario Riverside, 88 kilometer (55 batu) ke timur.
Presiden Lakers, Magic Johnson berkata awal minggu ini bahawa jika dia tidak dapat menghasilkan penghantaran bintang atau pasaran ejen bebas dalam tempoh dua tahun, dia akan meletak jawatan.
Ejen bebas yang tidak terhad boleh bersetuju kepada perjanjian pada Ahad. Kontrak tidak dapat ditandatangani secara rasmi sehingga 6 Julai.
Tetapi ia bukanlah mudah bagi seseorang yang cuba untuk menyusun pasukan yang boleh menewaskan Golden State Warriors.
Lakers sudah tentu bukanlah satu–satunya pasukan yang mahu untuk mendapatkan James. Pada akhir musim, ia mungkin menunjukkan bahawa majoriti perpindahan akan terjejas dengan apa yang dilakukan James ketika pemain veteran itu menangguhkan keputusan mereka dengan peluang mereka mungkin dapat menyertai pasukan James.
Terdapat laporan bahawa James meminta ejen bebas yang lain, cuba untuk membentuk satu lagi pasukan kuat. ESPN semalam melaporkan bahawa dia telah menghantar teks kepada Kevin Durant, tetapi Durant dijangka akan kekal dengan Golden State.
James tidak menyatakan untuk kekal di Cleveland tetapi dia mempunyai reputasi untuk mendapatkan yang lebih menguntungkan dan tidak ada peminat yang tahu lebih baik berbanding Cavaliers. – AFP

































