James harap Lakers dapat buktikan sesuatu

LOS ANGELES, 9 APRIL – LeBron James berkata kejohanan musim NBA telah ditutup disebabkan oleh pandemik koronavirus yang melanda seluruh dunia, telah membuatkan Los Angeles Lakers merasa seperti mereka perlu membuktikan sesuatu.

Lakers di ambang kebangkitan musim ini, berjaya mara ke pusingan playoff buat kali pertama dalam tempoh tujuh tahun, apabila liga tersebut telah digantungkan musim 2019-2020 pada 11 Mac lalu selepas Rudy Gobert telah diuji positif COVID-19. Ketika pengumuman penggantungan dibuat, Lakers berada di kedudukan pertama di Western Conference dan mempunyai rekod terbaik kedua dalam liga di belakang Milwaukee. Jika musim ini tidak disambung, James berkata ia adalah tidak sah.

“Ditutup? Tidak. Tetapi bangga dengan apa yang kami telah kecapi ketika ini, saya akan melihat kembali dan berkata kami telah melakukan sesuatu yang istimewa dalam tempoh masa yang singkat,” James berkata ketika sidang konferensi melalui panggilan telefon bersama wartawan kelmarin.

“Hanya pasang surut bukan sahaja di dalam gelanggang tetapi di luar gelanggang kami telah menempuhi segala rintangan dan Lakers tetap setia.” – AFP

LeBron James berkata kejohanan musim NBA telah ditutup telah membuatkan Los Angeles Lakers merasa seperti mereka perlu membuktikan sesuatu. – AFP