Tuesday, February 18, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    James intai rekod Michael Jordan

    LOS ANGELES, 4 Mei – Bintang Cleveland Cavaliers, LeBron James mengatasi Kareem Abdul-Jabbar bagi berada di tangga kedua dalam senarai jaringan playoff sepanjang masa NBA semalam dan sekarang menumpukan ke atas kedudukan nombor 1, Michael Jordan.

    James berada di depan Abdul-Jabbar (5, 762 mata) dengan mata ke-27 dalam kemenangan pasukan Cleveland 125-103 ke atas Toronto Raptors dalam perlawanan kedua bagi siri playoff best-of-seven.

    Jordan menerajui senarai dengan 5,987 mata tetapi James boleh mengatasinya dengan melanjutkan persaingan musim ini bersama Cavaliers, yang memburu kemunculan akhir kali ketiga berturut-turut mereka.

    “Saya memanfaatkan kelebihan bagi peluang yang diberikan kepada saya,” kata James, yang menamatkan dengan 39 mata semalam. “Ia selalu menjadi impian saya ketika kecil untuk menjadi sebahagian daripada liga ini. Saya menyaksikan saya memiliki bakat dan saya tidak memandang remeh. Dan saya masih belum mencapainya pada usia 32.

    “Saya sudah berada dalam liga ini selama 14 tahun. Saya mempunyai rakan sepasukan yang hebat, saya berada dalam musim ini selama 12 tahun berturut-turut, oleh itu para pemain dan jurulatih telah meletakkan saya dalam kedudukan untuk Berjaya.

    Bintang Cavs, LeBron James (kanan) dan Kevin Love cuba merampas bola daripada pemain Toronto Raptors, Norman Powell dalam Perlawanan Kedua siri playoff NBA. – AP
    Bintang Cavs, LeBron James (kanan) dan Kevin Love cuba merampas bola daripada pemain Toronto Raptors, Norman Powell dalam Perlawanan Kedua siri playoff NBA. – AP

    “Apabila anda mendengar nama seperti Kareem yang melakukan banyak perkara hebat, memenangi kejuaraan pada 1980-an dan berapa banyak mata yang dihasilkannya. Saya sebenarnya tidak mendapatkan peluang untuk menyaksikannya perjalanan hidupnya tetapi saya membaca mengenai pencapaiannya, jadi ia begitu menarik.”

    James menikmati perlawanan playoff yang menarik, perkadaran 33.2 peratus, 9.8 ‘rebounds’, 8.0 asis dan 2.6 ‘steal’ bagi setiap satu perlawanan.

    Jumlah tersebut sebenarnya lebih tinggi berbanding purata musim biasa 26.4 mata, 8.6 ‘rebounds’, 8.7 asis, dan 1.2 ‘steal’ bagi setiap perlawanan.

    James berada di kedudukan ketujuh dalam jaringan musim biasa dengan 28, 787 mata, sementara Abdul-Jabbar adalah yang pertama dengan 38, 387 mata. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda