James pamer aksi cemerlang benam Bucks

LOS ANGELES, 22 JAN – LeBron James (gambar bawah) menjaringkan 34 mata tertinggi ketika Los Angeles Lakers memenangi perlawanan ke-8 mereka dengan kemenangan 113-106 ke atas Milwaukee Bucks semalam.

Kemenangan itu membuka peluang untuk juara NBA Lakers sebagai permulaan kemenangan untuk perlawanan seterusnya.

Sebelum ini mereka meraih kemenangan lima perlawanan berturut-turut sebelum kalah 115-113 kepada Golden State.

“Motivasi kami tidak mahu kalah dua kali berturut-turut malam ini. Kami dapat mencapainya,” kata penyerangnya, Anthony Davis.

James mempamerkan aksi cemerlang semalam selepas persembahan buruk pada Khamis lalu di Forum Fiserv di Milwaukee.

Kentavious Caldwell-Pope memperoleh 23 mata dan Davis mengumpul 18 mata dan sembilan rebound.

Meneruskan perlawanan tanpa kalah mungkin menjadi tugas yang sukar bagi beberapa pasukan tetapi bukan Lakers, yang mempunyai rekod terbaik dalam liga.

“Kami hanya bermain satu sama lain,” kata Caldwell-Pope. – AFP