Wednesday, April 24, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    James pimpin Lakers benam Rockets

    LOS ANGELES, 29 DIS – LeBron James mencatat 32 mata triple-double semalam untuk membantu Los Angeles Lakers merebut lima perlawanan NBA dengan kemenangan 132-123 ke atas Houston Rockets.

    Juara NBA empat kali itu disenaraikan sebagai pemain tengah untuk kali pertama dalam karier 19 tahunnya, ketika pasukan Lakers tanpa bintang cedera Anthony Davis bergelut dengan ketidakhadiran pemain disebabkan COVID-19 yang termasuk Rajon Rondo, Trevor Ariza dan ketua jurulatih Frank Vogel.

    “Saya hanya berusaha melakukan apa yang mampu untuk pasukan ini,” kata James, yang menambah 11 rebound dan 11 assist untuk triple-double ketiganya musim ini.

    “Malam ini, saya bermula di tengah untuk kali pertama dalam karier saya dan, awda tahu, kami berjaya menebus siri kekalahan lima perlawanan berturut-turut,” tambahnya.

    James menjadi pemain NBA ketiga yang mencatat 36,000 mata kerjaya selepas Kareem Abdul-Jabbar (38,387) dan Karl Malone (36,928).

    Russel Westbrook juga memainkan peranan utama dengan menyumbang triple-double, menjadikannya 24 mata, 12 rebound dan 10 assist – yang ketujuhnya untuk musim ini.

    Sementara itu, Malik Monk menambah 25 mata dan Carmelo Anthony menyumbang 24 mata – jaringan tiga mata dengan perlawanan berbaki 2:25 sekali gus memberikan Lakers jurang selesa empat mata.

    James menyusuli dengan dua lontaran bebas dan satu jaringan yang memberikan pasukan 124-116 dan Rockets gagal mengurangkan defisit kurang daripada lima mata. – AFP

    Aksi LeBron James mengawal bola sambil dikawal Christian Wood semasa perlawanan di antara Lakers dan Rockets di Toyota Center di Houston, Texas pada 28 Disember 2021. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...