LOS ANGELES, 5 Feb – Bintang dari Cleveland, LeBron James menjaringkan 23 mata, dan menjadi pemain termuda untuk mencatatkan 28,000 sepanjang kerjaya NBA, ketika pasukan Cavaliers menewaskan New York Knicks 111-104 di Madison Square Garden semalam.
James, 32, mengumpulkan jumlah matanya kepada 28,020 di tempat kelapan dalam senarai jaringan NBA sepanjang masa.
Dia melakarkan kejayaan itu dengan lompatan yang membolehkan Cavalier mendahului 45-31 dengan perlawanan berbaki 6:49 pada suku kedua.
Dia juga menyerahkan 10 asis, dan dengan dua lagi asis akan mengatasi Lenny Wilkens (7,211) bagi tempat ke-13 dalam sepanjang kerjayanya.
Juara NBA, Cavaliers beraksi tanpa pemain pertahanan Kyrie Irivings, yang tidak beraksi kerana kekejangan kuadriseps kanannya. Deandre Liggins menggantikan tempatnya, menjaringkan lima mata tanpa asis. – AFP