James terajui kemenangan Cavaliers

LOS ANGELES, 3 Jan – LeBron James mengetepikan simptom demamnya untuk mencatatkan 26 mata semalam, menerajui pasukan Cleveland Cavaliers bagi kemenangan 90-82 ke atas New Oreland Pelicans.

Channing Frye, yang juga berdepan dengan selesema, menambah 14 mata dari bangku simpanan bagi juara NBA, Cavaliers, yang bersatu biarpun bertahan dari salah satu jaringan terburuk mereka musim ini.

Kevin Love menjaringkan 12 mata dan mencatatkan 11 ‘rebound’ sebelum keluar lewat pada suku keempat kerana dalam keadaan sakit.

Love menghubungkan hanya lima dari 19 lontaran dan terlepas kesemua tujuh dari tiga mata percubaannya, tetapi jurulatih Cavaliers, Tyronn Lue gembira dengan sumbangannya.

“Kami tidak rasa dia akan dapat beraksi,” kata Lue, yang memetik bahawa Love kehilangan berat badan 10 paun (4.5 kg) dalam tempoh dua hari selepas mengalami keracunan makanan.

LeBron James (23) cuba menghalang pemain Pelicans, Buddy Hield (24) dalam separuh masa kedua NBA di Cleveland. – AP
LeBron James (23) cuba menghalang pemain Pelicans, Buddy Hield (24) dalam separuh masa kedua NBA di Cleveland. – AP

“Dia keluar di sana dan memberikan kami 24 minit yang kuat, yang kami perlukan. Hanya kehadirannya adalah besar bagi kami dan baginya untuk menghasilkan apa yang dilakukannya adalah besar bagi kami.”

Pemain ‘guard’ Cleveland, DeAndre Liggins dan Jordan McRae bergabung untuk membuat jaringan dua daripada 10 dalam tempoh 34 minit dan beraksi pada suku keempat.

Pada keseluruhannya Cavaliers hanya menghasilkan 37.8 peratus lontaran.

James menghasilkan sembilan daripada 21 percubaan, menghasilkan tujuh ‘rebound’ dan mencatatkan enam asis.

Tetapi dia bergelut untuk melakukan kebiasaannya sehingga suku keempat yang menyaksikan Kyrie Irving keluar bagi dua perlawanan berturut-turut dengan apa yang digelar oleh pasukannya kesukaran di bahagian hamstring kanan.

Lue tidak memberikan jadual bagi aksi kembali Irving, selepas pada awalnya berkata dia tidak rasa masalah itu akan menjejaskan Irving pada waktu terdekat ini. – AFP