Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Jamin keberkesanan prosedur keselamatan kebakaran

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 SEPT – Sebagai inisiatifnya menggalakkan persekitaran kerja yang sihat dan selamat, Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-Komunikasi Brunei Darussalam (AITI) telah menjalankan latihan kebakaran dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) di premisnya, baru-baru ini.

    Melibatkan 100 orang kakitangan AITI, pelawat dan kontraktor, ia dilaksanakan bagi menilai kesediaan pasukan bomba, pertolongan cemas dan pekerja AITI semasa berlaku kecemasan untuk memastikan keberkesanan prosedur keselamatan sedia ada.

    Senario latihan melibatkan kebakaran di premis berkenaan dan enam anggota dari Balai Bomba Berakas dengan diketuai oleh Pemangku SO Tony bin Tanda, tiba di tempat kejadian dalam masa lima minit dan berjaya memadam api.

    Pasukan bomba dan pertolongan cemas AITI melakukan kerja menyelamat dan merawat dua pekerja yang mengalami kecederaan dalam kejadian itu.

    Turut hadir semasa latihan itu ialah Komander Balai Balai Bomba Berakas, ASFR Mushidee bin Junaidi; pegawai dari Pejabat Perhubungan Awam di Ibu Pejabat JBP dan Unit Perhubungan Awam Cawangan Operasi C serta pengurusan kanan AITI.

    Kakitangan AITI berkumpul di tempat perkumpulan di luar premis AITI semasa latihan berkenaan. – Gambar serahan AITI
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...