Jaminan bekalan mencukupi

KOTA KINABALU, 25 MAC – Kerajaan Negeri memberi jaminan bekalan makanan di Sabah akan terus mencukupi meskipun tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga 14 April ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata Sabah akur dengan keputusan kerajaan Persekutuan untuk melanjutkan tempoh PKP dua minggu lagi, dan akan memastikan bekalan makanan termasuk sayur-sayuran mencukupi untuk semua penduduk negeri.

“Saya difahamkan oleh KPDNHEP (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna), bahawa bekalan barangan keperluan (di Sabah) setakat ini mencukupi. – Bernama