Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Jamu selera di awang-awangan

    JAKARTA, 8 APRIL – Rakyat Indonesia kembali dibenarkan makan di restoran ketika sekatan pandemik di negara itu dilonggarkan, namun sebahagian menyukai sesuatu yang luar biasa dan ekstrem di Jakarta meraikannya dengan menjamu selera di awang-awangan pada ketinggian 50 meter.

    Lounge in the Sky membuka pintunya kepada orang ramai minggu ini di ibu negara majoriti Muslim itu. Tempahan diterima beberapa bulan sebelumnya dan sudah pun penuh pada malam sebelum bulan Ramadan, ketika umat Islam berkumpul pada waktu iftar.

    Restoran itu menawarkan hidangan – berharga antara 1.6 dan 3.7 juta rupiah (AS$110-260) – kepada seramai 32 pelanggan pada satu masa pada pelantar yang diangkat tinggi sehingga 50 meter menggunakan kren.

    Pelanggan terikat di kerusi mereka, manakala cef dan pelayan memakai kelengkapan keselamatan.

    Beberapa orang pelanggan dilihat bersorak sebaik sahaja pelantar itu dinaikkan semasa kunjungan oleh wartawan AFP.

    “Pada mulanya ia tidak mudah. Saya gementar sehingga tak dapat menelan makanan,” kata Yuni, seorang doktor berusia 29 tahun. “Namun selepas seketika, saya boleh makan…ia suatu yang amat menyeronokkan,” katanya. – AFP

    Kelihatan pelanggan menikmati makanan pada ketinggian 50 meter di udara di Lounge in the Sky, di Jakarta. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...