Jana ilmu pengetahuan tanpa batasan

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 OGOS – Dengan matlamat untuk memberikan peluang kepada para pelajar berbincang mengenai topik berkaitan kajian yang dikendalikan dengan tema Membangun Sebuah Masyarakat Global Pasca Pandemik, Kesatuan Pelajar Brunei di United Kingdom dan Eire (BSUnion) dan Global Awareness and Impact Alliance (GAIA) menghoskan seminar terakhir bagi siri seminar tiga bahagian yang berlangsung
di Bangunan ILIA, Universiti Brunei Darussalam (UBD), baru-baru ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh BSUnion, di sini, hari ini, topik semasa seminar berkenaan ialah Membentuk Semula Dasar Sosial, di mana seminar membentangkan bagaimana COVID-19 telah membentuk semula dasar sosial dengan transmisi langkah-langkah kawalan seluruh dunia yang telah merubah aktiviti manusia secara drastik di mana ia memaksa kita untuk merenung mengenai pelbagai kebimbangan masyarakat yang mendesak.

Kenyataan menyatakan bahawa ketiga-tiga siri seminar berkenaan dibukakan kepada orang ramai dan para pelajar di mana GAIA dan BSUnion menyatakan penghargaan kepada semua yang telah menghadiri siri seminar yang diadakan.

Majlis dimulakan dengan kata alu-aluan oleh pengasas bersama GAIA, Naveed Khan dan Presiden BSUnion, Abdullah Umar. Majlis diteruskan dengan pembentangan oleh para pembentang seminar iaitu pelajar BSc Planning and Real, University of Manchester, Dayang Izzati Azhan, pelajar Law LLB, Cardiff University, Awang Hamizan Iman, BSc MORSE, University of Southampton, Dayang Nabeelah binti Abu Bakar dan calon PhD dalam Pengajian Asia Tenggara, National University Singapore, Awang Mu’izz bin Abdul Khalid.

Sesi seminar itu membentangkan bagaimana pandemik virus berkenaan telah menggalakkan kita untuk merenung semula bandar sebagai kawasan yang lebih hijau bagi gaya hidup mampan dan lebih efisien.

Seminar berkenaan meningkatkan kesedaran bagaimana tabiat yang bermotifkan jantina telah meningkat semasa pandemik ini.

Mereka yang menghadiri seminar berkenaan diberikan pendedahan mengenai bagaimana untuk menjadi ejen bagi kebudayaan dan sejarah masing-masing supaya mampu untuk menjana ilmu pengetahuan tanpa sebarang batasan.

Pengendali seminar Dr Asyura Salleh bersama barisan panel pembentang. – Gambar serahan BSUnion