Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Jane Fonda hidap kanser limfoma

    Aktres terkenal Hollywood, Jane Fonda, 84, mendedahkan dirinya menghidap penyakit kanser dan sedang menjalani rawatan kemoterapi.

    Menerusi laman Instagram (IG) miliknya, Fonda memberitahu 1.9 juta pengikut, dirinya menghidap penyakit limfoma non-Hodgkin.

    Memetik laporan BBC News, Fonda menyifatkan ia sebagai kanser yang boleh dirawati dan dalam masa sama bertuah mempunyai kemudahan dalam menjalani rawatan terbaik.

    “Saya bertuah mempunyai insurans kesihatan dan laluan mudah kepada rawatan serta doktor terbaik. Saya menyedari ia menyakitkan, tetapi dalam masa sama, saya mempunyai kelebihan.

    “Hampir setiap keluarga di Amerika Syarikat perlu berdepan dengan kanser pada satu masa, namun, ramai tidak mempunyai kelebihan menerima penjagaan kesihatan yang baik seperti yang saya terima dan ini tidak bagus.

    Fonda menyifatkan limfoma non-Hodgkin sebagai kanser yang boleh dirawat dan dalam masa sama bertuah mempunyai kemudahan dalam menjalani rawatan terbaik. – Agensi

    “Limfoma non-Hodgkin adalah kanser yang berkembang dalam sistem limfa, rangkaian saluran dan kelenjar yang secara meluas dalam badan,” tambahnya.

    Ekoran itu, Fonda berkata, dia akan menjalani rawatan kemoterapi selama enam bulan, namun, ia tidak akan menjejaskan pergerakannya sebagai aktivis.

    Pemenang Oscar ini terkenal pada 1960 menerusi filem Barbarella, Nine to Five dan On Golden Pond. Terbaharu, Fonda membintangi siri komedi Netflix, Grace and Frankie.

    Fonda juga dikenali sebagai aktivis politik. Baru-baru ini, Fonda terbabit dalam kempen menentang perubahan iklim. Dalam hantarannya di IG, Fonda berkata, diagnosisnya menyedarkannya mengenai kepentingan komuniti kepadanya.

    Pemilik nama Jane Seymour Fonda itu berkata, dia sedang melalui masa paling penting dalam sejarah manusia kerana apa yang dilakukan atau tidak akan menentukan masa depan yang akan berlaku. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...