Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Jangan abaikan kemudahan tempat beribadat

    Sebagai negara yang didominasi oleh penduduk beragam Islam, kemudahan seperti surau atau bilik ibadat amat penting disediakan oleh pihak pengurus, pemilik kedai atau bangunan mahupun pihak kerajaan.

    Penyediaan surau atau bilik ibadat di premis-premis perniagaan bukan saja memudahkan para pekerja di sana untuk melaksanakan solat malah memudahkan para pengunjung.

    Bagaimanapun, agak menyedihkan sesetengah tempat di negara kita terutama premis-premis dan pejabat-pejabat tidak menyediakan tempat khusus untuk beribadat.

    Baru-baru ini saja, salah seorang kenalan saya mengadu bahawa tempat beliau bertugas tidak menyediakan tempat khusus untuk bersolat dengan alasan kawasan terlalu kecil. Meskipun begitu, pada pendapat saya, setiap pihak perlu menyediakan tempat khusus untuk beribadat meskipun memadai untuk seorang pengguna asalkan selesa.

    Selain itu, saya juga mendapati sesetengah premis meletakkan kedudukan surau agak tidak bersesuaian kerana berhampiran dengan tandas. Jika pihak pengurusan atau pemilik premis mengatakan bagi memudahkan para pengguna untuk mengambil wuduk, kenapa tidak disediakan di surau atau bilik ibadat berkenaan. Pihak pengurusan atau pemilik premis perlu peka dengan kedudukan surau dan bilik ibadat ini.

    Saya juga ada terbaca salah satu perkongsian di media sosial mengenai sebuah surau yang ditutup mengikut jam untuk dibuka di salah sebuah premis di ibu negara.

    Menurut pengadu, surau di premis berkenaan ditutup untuk orang awam dan hanya dibuka bila masuk waktu solat sahaja.

    Saya bagaimanapun tidak menyalahkan pihak relevan yang menutup surau premis berkenaan kerana pernah berlaku sesuatu yang tidak diingini di sana. Ia juga dibuat sebagai langkah untuk mengelak berulangnya lagi kejadian itu, maka surau dibuka mengikut jam solat.

    Saya juga bersetuju dengan pengadu, mungkin ada baiknya juga surau itu sentiasa dibuka asalkan niat untuk menggunakannya adalah untuk beribadat.

    Jika digunakan untuk berehat atau perkara lain, sebaiknya cari tempat khusus untuk berehat kerana dikhuatiri jika berehat di surau berkenaan akan mengganggu jemaah-jemaah yang lain.

    Orang Awam

    Menurut penulis sesetengah pengurus atau pemilik premis meletakkan surau atau bilik ibadat bukan di kawasan yang sesuai.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...