Monday, November 28, 2022
23.1 C
Brunei

-

Jangan abaikan penyelenggaraan kenderaan

Kebanyakan pemilik kereta mengabaikan penyelenggaraan dan tidak menjaga kenderaan mereka dengan baik malah disebabkan itu, ia boleh membahayakan pemandu lain di atas kecuaian mereka.

Baru-baru ini, saya nyaris mengalami kemalangan disebabkan kecuaian pemandu yang tidak memperbaiki lampu brek kenderaannya yang sudah rosak.

Saya yang mengikuti pemandu berkenaan tidak mengetahui pemandu berkenaan menghentikan kenderaannya secara mengejut kerana lampu brek kenderaannya tidak menyala dan dalam masa yang sama, lampu brek ketiga beliau juga tidak menyala.

Mujurlah saya sempat menghentikan kereta saya dan tiada kereta lain di belakang.

Sehubungan itu, diharap para pemandu di negara ini janganlah mengabaikan untuk menyelenggara kenderaan awda kerana ia bukan saja membawa bahaya kepada diri sendiri. Ia juga boleh melibatkan orang lain yang membawa kepada kemalangan yang tidak diingini.

Diharap pihak relevan juga memeriksa keadaan kenderaan-kenderaan di negara ini untuk memberikan teguran kepada pemilik supaya memperbaikinya kerana ada sesetengah kenderaan yang dijumpai sudah begitu usang namun masih digunakan di jalan raya.

Ali

Kebanyakan pemilik kereta kurang menyelenggara kenderaan mereka seperti lampu brek yang tidak menyala.
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea Selatan lancar bas pandu sendiri

SEOUL, 25 NOV – Ibu negara Korea Selatan melancarkan laluan bas pandu sendiri pertama hari ini, sebahagian daripada uji kaji yang dikatakan jurutera berhasrat...
- Advertisment -