Tuesday, November 28, 2023
23.8 C
Brunei

    -

    Jangan alpa keselamatan rumah

    Oleh Puteri Sarah –

    Kejadian pecah rumah bukanlah hal yang baharu namun ia semakin berleluasa di negara kita.

    Oleh yang demikian setiap masyarakat hendaklah meningkatkan kewaspadaan di mana setiap pemilik kediaman perlu mengambil langkah keselamatan sewajarnya bagi menghindari daripada risiko kecurian.

    Kadang-kadang sikap cuai dan kurang mengambil berat atas keselamatan menyebabkan kerugian sekiranya rumah dipecah masuk penjenayah. Bagi menangani masalah ini, antara langkah yang boleh dilakukan pemilik rumah adalah memasang kamera litar tertutup (CCTV), alat penggera keselamatan bagi meningkatkan tahap keselamatan kediaman.

    Apa yang mengejutkan lagi si pelaku sudah berani melakukan jenayah walaupun dia tahu terdapat CCTV yang merakamnya seperti video pecah rumah di negara kita yang tular di media sosial baru-baru ini.

    Selain itu, masyarakat perlu memastikan pintu dan tingkap rumah sentiasa berkunci sebelum meninggalkan rumah atau ketika hendak tidur. Pemasangan lampu tetapan masa di dalam dan di luar rumah antara langkah berkesan mengurangkan bagi risiko kecurian.

    Gambar Freepik

     

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih dari 2 minggu, 41 pekerja terowong masih terperangkap

    NEW DELHI, 28 NOV - Pasukan penyelamat di India mula menggali secara manual kelmarin dengan harapan dapat mencapai 41 pekerja binaan yang terperangkap dalam...