Friday, October 11, 2024
29.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jangan ambil produk ini

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Sept – Kementerian Kesihatan memaklumkan orang ramai supaya tidak menggunakan tiga produk kesihatan yang telah didapati dicemari dengan ubat-ubatan barat yang tidak diisytiharkan.

    Produk-produk berkenaan adalah Nan Bao Capsule (oleh Lisheng Pharmaceutical Factory) yang dicemari Sildenafil, Sensamax Sachet (Asiatica Global Resources, Malaysia) dicemari Tadalafil dan Black Bull Tablet (American E-Commerce Solutions, Amerika Syarikat) yang juga dicemari Sildenafil.

    Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, bahan-bahan pencemar dalam produk-produk berkenaan boleh mengakibatkan kesan-kesan mudarat yang membahayakan kesihatan.

    Sildenafil dan Tadalafil adalah ubat yang digunakan untuk merawat mati pucuk yang memerlukan preskripsi doktor.

    Nan Bao Capsule
    Sensamax Sachet
    Black Bull Tablet

    Antara kesan-kesan sampingan apabila mengambil ubat-ubat tersebut termasuk merasa mual, muntah-muntah, muka kemerahan dan pening. Dalam kes-kes yang teruk, ia juga boleh menyebabkan peningkatan yang luar biasa dalam degupan jantung, kehilangan pendengaran secara tiba-tiba dan sawan.

    Kementerian Kesihatan tidak pernah mengeluarkan kebenaran ke atas pengimportan untuk penjualan produk-produk tersebut. Berikutan dapatan ini, produk-produk berkenaan adalah dilarang untuk diimport dan dijual di Negara Brunei Darussalam.

    Orang ramai yang telah membeli atau mengambil produk-produk tersebut dinasihatkan untuk memberhentikan pengunaannya dengan serta merta.

    Jika mereka mengalami kesan buruk dan merasa tidak sihat selepas memakan produk-produk berkenaan, hendaklah berjumpa doktor dengan segera.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda