Jangan bazir ‘modal’ semula jadi

WASHINGTON, 12 April – Penggunaan berlebihan sumber semula jadi dunia telah menjejaskan ‘modal’ ekologinya, ahli alamiah Britain David Attenborough mengingatkan semalam.

“Sistem kewangan mempunyai banyak persamaan dengan sistem dunia semula jadi. Kedua-duanya adalah ekonomi,” kata Attenborough semalam ketika mesyuarat Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia.

“JIka anda berurusan dengan pelaburan, tidak menjadi masalah jika anda memperoleh keuntungan. Anda menerima pelaburan tetapi bukankah bodoh jika memakan modal. Namun ia adalah apa yang kami lakukan dengan dunia semula jadi sepanjang masa.”

Pemenang BAFTA dan penyampai filem dokumentar hidupan liar BBC itu bercakap dengan ketua IMF Christine Lagarde.

Beliau berkata manusia dan haiwan peliharaan mereka kini menyumbang kepada 96 peratus daripada jisim global kesemua mamalia.

“Kami telah menghapuskan yang selebihnya,” kata beliau. “Tujuh puluh peratus daripada kesemua spesies burung telah lenyap. Kami menghadapi masalah yang teruk.”

“Saya mendapati sukar untuk memperbesar-besarkan risiko yang kami alami. Kami berada dalam proses menghadapi kepupusan baharu yang kami ketahui daripada masa geologi,” kata Attenborough.

Penjajah awal di Amerika Utara tidak memahami bagaimana pemakanan sesuatu spesies menjejaskan spesies lain, tambah beliau.

Beliau merujuk kepada pemburuan memerang laut untuk bulunya yang menambah jumlah landak laut yang telah menjadi mangsa memerang. – AFP

Lagarde dan Attenborough ketika mengambil bahagian dalam perbincangan mengenai alam semula jadi dan ekonomi pada mesyuarat IMF dan Bank Dunia di Washington, kelmarin. – AFP