Sunday, January 26, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jangan bebani Neymar – Tite

    MOSCOW, 27 Jun – Jurulatih Brazil, Tite, berkata pemain bintang yang masih belum pulih sepenuhnya, Neymar, tidak seharusnya dibebani dengan harapan Piala Dunia mereka dan menggesa skuad itu bertenang ketika menentang Serbia awal pagi esok.

    Brazil hanya memerlukan satu mata di Moscow daripada aksi terakhir kumpulan bagi menjamin kemaraan mereka, sementara kemenangan hampir pasti menempatkan mereka ke pusingan kalah mati sebagai pemenang Kumpulan E.

    Meskipun baru kembali daripada rehat panjang kerana kecederaan kaki, pemain termahal dunia itu menjadi tumpuan dalam usaha terdesak Brazil memenangi Piala Dunia. Neymar menangis selepas menjaringkang gol dalam kemenangan 2-0 mereka ke atas Costa Rica minggu lepas dan berterusan diperhatikan di Rusia.

    “Neymar berada pada fasa pemulihan,” tegas Tite, yang berkata pemain berusia 26 tahun itu memerlukan lebih banyak masa untuk menemui semula prestasinya selepas rehat tiga bulan.

    “Dia adalah pemain berbakat, tetapi di luar standard normalnya, atau dia tidak akan bermain seperti ini.

    Neymar (kanan) bersama Felipe Luis (tengah) dan Casemiro tiba di pusat latihan Piala Dunia bagi Brazil menjelang aksi Kumpulan E menentang Serbia. – AP

    “Ini adalah evolusi, jika anda lihat prestasinya dalam dua perlawanan terakhir, ia semakin meningkat.

    “Mungkin dia akan berada di kemuncak prestasinya pada perlawanan seterusnya. Kita tidak seharusnya meletakkan kesemua tangggungjawab di bahunya.”

    Sementara itu, penyokong Brazil masih dahagakan gelaran Piala Dunia sejak 2002.

    Namun, gergasi Amerika Selatan itu masih belum menunjukkan permainan terbaik mereka di Rusia selepas seri 1-1 dengan Switzerland dan memerlukan dua gol lewat untuk mengesahkan kemenangan ke atas Costa Rica. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda