‘Jangan bebankan kerajaan, amal disiplin kendiri’

MANILA, 20 SEPT – Dalam keadaan cuaca panas dan kadar kelembapan tinggi, kulit Caitlyn Tojanes, 31, menggerutu teruk berikutan peraturan wajib memakai penutup mulut dan hidung serta perlindungan muka ketika wanita itu menunggu bas di ibu kota, Manila.

“Sangat tidak selesa. Dengan barisan panjang menunggu giliran, belum sampai ke pejabat tubuh sudah bermandi peluh,” keluh Tojanes yang terpaksa berulang alik menaiki tiga bas yang mengambil masa berjam-jam lamanya.

Namun dia reda dengan normal baharu di Filipina, di mana sekarang mewajibkan penggunaan penutup mulut dan hidung serta pelindung plastik di wajah ketika berada di tempat awam yang tertutup dan ketika menaiki pengangkutan awam dalam usaha negara itu mengekang penularan COVID-19.

“Disebabkan COVID-19, ia terserah kepada orang ramai untuk mengekalkan disiplin,” kata Tojanes yang bertugas sebagai pengurus kedai. Manila mempunyai kira-kira 12 juta penduduk dan ibu kota ini mencatatkan bilangan jangkitan yang paling tinggi.

“Kita tidak boleh terus membebankan kerajaan. Kita mesti meng-amalkan disiplin kendiri,” katanya.

Langkah terbaharu itu diambil Filipina yang berusaha menghentikan rantaian wabak, di mana negara itu mencatatkan jumlah tertinggi yang disahkan di Asia Tenggara dengan lebih daripada 283,000 jangkitan dan 4,900 kematian. – AFP