Sunday, January 26, 2025
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jangan bersikap tunjuk siapa lebih hebat – Erra Fazira

    Pada usia sudah 50 tahun, pelakon jolokan Primadona Filem Melayu, Erra Fazira bersyukur bakatnya masih diperlukan dalam industri seni.

    Mungkin tawaran diterima tidak sebanyak jika dibandingkan ketika muda, namun wanita bertubuh tinggi lampai itu tetap berpuas hati dengan tawaran diterima pada usia separuh abad.

    Baru-baru ini, ibu kepada seorang cahaya mata itu mendapat kepercayaan stesen TV9 untuk mengendalikan program bual bicara, Nasi Lemak Kopi O (NLKO) bergandingan dengan barisan pengacara muda.

    Erra berkata, dia terkejut dilamar stesen TV9, tetapi membuat keputusan tidak menolak kerana berasa satu kerugian besar sekiranya berbuat demikian.

    “Alhamdulillah, tawaran diterima nak kata banyak mungkin tidaklah, sikit pun tidak, tetapi ikut keselesaan serta tahap kemampuan saya.

    “Saya bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan. Saya terima tawaran TV9 bukan sebab nak kejar populariti atau kepuasan.

    “Dulu masa muda saya memang buat macam-macam kerja untuk cabar diri, tapi sekarang hanya ‘go with the flow’.

    “Nak kata tak perlu bekerja langsung pun tak boleh kerana saya berstatus ibu tunggal dan perlu cari makan,” katanya yang ditemui pada majlis memperkenalkan hos baharu NLKO di Bangsar, baru-baru ini. – Agensi

    Erra perlu membawa diri bersesuaian dengan konsep program NLKO, selain mencari keserasian dengan barisan penyampai lebih muda dalam tempoh singkat. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda